Bangun dari tidur, aku lihat henset aku... ada mesej whatsApp...
aku biarkan dahulu...
Namun, bila aku buka aplikasi whatsApp, aku lihat list mesej, ada mesej group
Medgeek. ada mesej Izzuddin gerak aku, dan ada mesej dari 'dia'
Aku buka mesej 'dia'
" Salam, maaf sal semalam... orang reply whatsapp
time hati ngah geram skit... so, terlepas la geram tu... nak cakap skit boleh...
lepas ni kalau korang tak nak or tak boleh musyrifkan kitorang yg akhawat ni,
time kitorg mintak tolong, at least korang bagitau la... korang ada hal lain
ke... apa ke... tu je. salam "
Ok. mesej yg ringkas. tapi siapalah aku untuk menahan diri
daripada terasa hati.
Lalu dengan fikiran yang tidak berapa mature, aku membalas
mesej 'dia'.
aku mulakan entry mesej ku dengan tajuk 'Andai Kau Tahu'.
" ****...
Sebelum solat Isyak sy tunggu mesej awak.
Selepas solat pun sy tunggu.
Lepas kelas saya tunggu lagi kat cabang jalan.
Ada awak mintak saya jadi musyrif?
Saya serik.
Minggu lepas saya yg tawarkan.
'ok. lepas saya solat kita gerak..korang tunggu kat depan
kelas.'
tapi, apa yg sy dapat?
**** cakap dia boleh hantar korang.
tapi tak mengapa.
saya still tunggu kat bangunan tu.
**** datang balik.
cakap korang mintak tolong.
ok. tak mengapa saya datang balik.
saya tunggu.
tapi apa yg saya dapat?
lambaian tangan.
'Pergi lah pergi lah'
Best ke buat macam tu?
:/
tak mengapalah... mungkin ini salah saya.
mohon maaf...
lain kali... nak mintak musyrif cakap je...sy xde mslh...
full stop.
salam."
Tapi bila aku baca balik mesej 'dia'
Mungkin sebenarnya dia nak cakap tentang 'perangai kitorang'
semalam
*imbas kembali
" S*****... boleh musyrifkan ke syari' Iman?..."
satu suara kedengaran.
Aku tak dengar nama aku dipanggil...
Memang selalu macam tu. akhawat batch aku jarang mintak aku...
:/
" eh, dia panggil kau tu..." kata
lelaki 1
" eh, mana ada... dia panggil kau lah..."
balas lelaki 2 pula
" hahahahahaha..." ketiga-tiga lelaki
itu ketawa.
Aku hanya memerhati dari DEKAT. bukan jauh. seolah-olah aku
pun join diorang tak nak musyrif.
Tapi tak, aku memang jalan dulu. buat-buat tak tahu akhawat
nak musyrif.. tapi aku dan housemate tunggu akhawat sebenarnya. sebab
kitorang kesian kat **** nak musyrif jauh-jauh...
Disebabkan aku 'serik' dengan minggu lepas. aku cakap
" tak pe lah,,, **** dah biasa musyrif macam tu...
minggu lepas dia cakap..."
..................................................
aku sebenarnya, entahlah... 'dia' buat aku terdiam untuk
menulis...
seolah-olah aku sangat bersalah... :'(
8 Jun 2016
P/s: Hal ni sebenarnya hanya disebabkan salah faham. Akhawat tu sebenarnya
lambai tangan panggil kami untuk musyrif. Tapi aku silap faham ingat dia suruh
balik. hahaha